UED 102 '18 (study skills)

E PORTFOLIO UED 102 '18





25 JULY 2018



Hari pertama bagi taklimat bagi kos UED 102 yang bertempat di perpustakaan Al Bukhari 2 yang bermula pada pukul 8.00 pagi. Tanpa melengah kan masa marilah kita sama-sama menyingkap isi dan perkara yang terkandung di dalam UED 102





Apa itu UED 102 ?


Program UED 102 ataupun lebih ringkasnya sebagai teknik belajar (study skills). Dimana? Ianya mengajar kepada para mahasiswa tentang cara belajar yang perlu diterapkan dan diamalkan di alam universiti kerana alam universiti adalah satu alam yang sangat berbeza dari seluruh perspektif yang ada.



Jenis-jenis teknik belajar:


Berdasarkan kajian yang telah dibuat terdapat tiga cara iaitu audiotori,visual,
kinesthetic.


Teknik belajar audiotori:

Melalui kaedah ini pelajar akan lebih cenderung untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah atau dari sumber maklumat yang didengari dan secara tidak langsung menjadikan seseorang itu fokus di dalam kelas pengajian. Selain itu, cara ini lebih gemar berada di tempat yang sunyi. Seterusnya, mereka yang menggunakan cara ini lebih gemar untuk berdiskusi dgn org lain atau dalam kumpulan agar mendapat maklumat yang lebih jelas dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu perkara.





Teknik belajar visual:






Seterusnya, melalui teknik belajar ini para mahasiswa akan dapat memvariasikan cara belajar melalui teknik ini. Sebagai contoh mereka yang belajar secara visual lebih gemar konten atau maklumat secara ilustrasi berbanding karangan. Selain itu, mereka yang belajar melalui cara ini lebih cenderung membaca maklumat yang berwarna-warni berbanding hitam dan putih dan menurut kajian otak dapat menangkap atau menyimpan maklumat dengan lebih efektif dalam warna- warni. Seterusnya, mereka juga lebih gemar melihat dan mendapat maklumat melalui video kerana mereka lebih mudah menyimpan maklumat melalui kaedah ini. Contohnya, 'national geographic' yang banyak memberi maklumat tentang flora dan fauna di muka bumi.



Teknik belajar kinestetik:





Seterusnya,melalui kaedah ini belajar kinestetikal atau tactile learner atau physical learner adalah kaedah belajar yang cenderung menerima informasi paling baik dan efektif dengan melibatkan gerakan tubuh (physical movement), pengalaman gerak tubuh (physical experience) atau perasaan (feeling/emotion). Ciri-cirinya adalah:
Umum:
  • Banyak melakukan aktiviti fizikal ringan saat berbicara atau belajar. Misal, memutar pena balpoint, menggerakkan kakinya, memutar tisu, dan sebagainya.
  • Tidak boleh duduk di kerusi dalam jangka masa yang lama
  • Selalu berpindah-pindah tempat saat belajar: di ruang belajar, di sofa, di tempat tidur, dan sebagainya
  • Mengingat sesuatu menjadi lebih baik apabila sambil berjalan atau menggerakan bagian tubuh tertentu, misalnya sambil menjentikkan jarinya
  • Lebih suka “trial & error” jika mencuba suatu alat yang baru
  • Suka berolahraga atau aktiviti fizikal lainnya
  • Pandai meniru mimik muka atau gerakan orang lain.






GETTING READY TO LEARN😎
  

  Terdapat beberapa kemahiran yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya. Pada mulanya, ia mungkin menjadi sangat sukar tetapi jika anda secara konsisten melakukannya, anda akan menjadi pelajar yang berjaya sebagai keinginan anda. Jadi di sini beberapa ciri-ciri yang ada untuk menjadi mahasiswa yang berjaya.



- Hadir ke kelas pengajian.

 Sebagai seorang mahasiswa anda perlu 
 hadir ke kelas pengajian.Hal ini kerana,
 segala maklumat dan ilmu akan 
 dicurahkan dan diberikan semasa dalam
 sesi pengajian/kuliah yang disampaikan 
 oleh para pensyarah. Selain itu, apabila
 kita sebagai mahasiswa menghadiri 
 kelas ini menunjukkan kesungguhan kita
 dalam menuntut ilmu dan secara tidak 
 langsung kejayaan akan datang seiring 
 dengan usaha keras kita


- Menjadi pendengar yang baik


 Seterusnya,sebagai seorang mahasiswa
 yang berjaya adalah menjadi pendengar
 yang baik di dalam sesi kuliah atau
 pengajian. Hal ini kerana, 70% ilmu atau
 maklumat yang dapat di dalam kelas dan
 selebihnya melalui latihan dan kerja.


- Aktif di dalam kelas


sebagai seorang mahasiswa anda perlu banyak bertanya kepada pensyarah di dalam kelas kerana mereka lah sumber maklumat bagi seorang mahasiswa.



Kenali pensyarah anda


Sebagai seorang mahasiswa anda perlu mengenali pensyarah kita kerana kita akan dapat lebih banyak maklumat tetang prestasi pelajaran anda dan peperiksaan yang akan datang


kerja berekumpulan(study group)


Sebagai seorang mahasiswa salah satu cara untuk menambah maklumat atau ilmu adalah melalui perbincangan bersama



Bersungguh-sungguh setiap semester


Usaha keras dalam setiap apa yang dilakukan dan yang paling penting sebagai mahasiswa usaha keras dalam setiap semester kerana setiap semester mempunyai carrymark yang akan kita bawa dan seterusnya menentukan kita akan dapat menamatkan pengajian kita dengan cemerlang ataupun sebaliknya.



Goal setting and time management


Apa itu 'goal'?

- suatu usaha yang anda berikan untuk
  mencapai atau mendapatkan sasaran
  anda mahukan.

Apa yang anda mahukan sebagai seorang
Mahasiswa?

- Mendapat dekan dalam setiap semester

- Mendapat Anugerah Naib Canselor
  ANC award.

Oleh itu sebagai seorang mahasiswa anda perlu menetapkan sasaran anda dari awal lagi kerana 'goal' bagi setiap mahasiswa adalah berbeza dam bersifst subjektif.

Sebaliknya, demi mencapai 'goal' yang telah ditetapkan pastinya akan ada halangan yang mendatang dalam kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa. Oleh itu, apakah? Halangan yang sering mahasiwa alami.

- halangan utamanya adalah diri sendiri
  kerana tiada motivasi dalam diri untuk
  berjaya.

- faktor persekitaran. Sebagai contoh,
  pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana,
  mahasiwa sering memilih kawan yang
  kurang mempunyai tauladan yang baik.
  Oleh itu, mereka lalai dan tidak focus
  dalam pengajian ataupun kelas.




Seterusnya, sebagai seorang mahasiswa apakah? Cara usaha anda untuk mencapai sasaran/'goal' anda.

-Mengaplikasikan segala 'learning skills'
 yang telah dipelajari

-bertawakkal kepada Allah.


Time management&organization skills


Apakah? Definisi bagi pengurusan masa (time management)

-keupayaan/kebolehan mengurus masa
 dengan bijak dan berhemah.




Kenapa masa itu sangat penting?

-Masa itu sangat penting kerana ianya
 bukan perkara yang kekal kerana ianya
 akan terus berjalan tanpa ada halangan
 Oleh itu, sebagai mahasiswa yang bijak
 Anda seharusnya menggunakan masa.          dengan sebaik mungkin. Pepatah pernah menyebutkan bahawa masa itu umpama
Mata pedang.


Organization skills

Untuk menjadi mahasiswa yang berjaya
hendaklah mempunyai skill mengurus yang baik dan cekap serta efisien.Oleh itu, terdapat beberapa skil yang diperlukan untuk mengurus masa dengan efisien.

 jadual

- Jadual amat penting dalam mengatur dan
  merancang masa anda dengan bernas dan
  teratur. Selain itu, dengan adanya jadual
  anda dapat membahagikan masa belajar
  dengan lebih baik.

Planner/ to-do list

- Planner ini mempunyai fungsi yang mirip
  dengan jadual akan tetapi ianya
  merupakan dua mekanisme yang berbeza.
  Seterusnya, dengan adanya planner anda
  dapat menulis segala tugasan yang
  diberikan berserta tarikh hantar atau
  lebih mudah difahami sebagai 'date line'.
  Selain itu, dengan adanya planner segala      tugasan yang anda perlu
  diselesaikan dapat dihantar tepat pada
  masanya.


AKTIVITI SEPANJANG UED 102


25/7/18

Merupakan hari pertama bagi sesi ued 102
dan kami melalukan pelbagai aktiviti antaranya taklimat tentang UED 102,ice breaking dan wefie bersama warga uitm





Aktiviti 'ice breaking' yang dibahagikan melalui minuman kegemaran dan negeri.


Seterusnya, dibahagikan melalui aktiviti membuat kapal terbang kertas dan menerbangkan nya seterusnya mengambil kapal terbang itu secara rawak dan berswafoto dengan pemilik kapal terbang yang diambil secara rawak


Seterusnya, gambar diatas adalah pemilik bagi kapal terbang yang saya dapat secara rawak













Aktiviti di atas merupakan aktiviti wefie bersama warga uitm.


1/7/18


Pada hari ini, aktiviti yang dilakukan adalah cara untuk meminjam buku dan seterusnya mencari term dalam agroteknologi.



Selepas selesai meminjam buku kami kembali ke Perpustakaan Al- Bukhari 1 untuk mendegar taklimat tentang otak kiri dan kanan.



Seterusnya, kami melakukan ujian untuk menentukan kecenderungan otak seseorang itu.



Selain itu kami juga melakukan aktviti yang dipanggil sebagai 'kahoot'. Aktiviti dijalankan secara atas talian yang di mana? Semua mahasiswa menjawab soalan yang tertera di skrin putih melalui telefon pintar masing-masing.


Seterusnya, kami melihat video yang bertajuk teddy bear dan daddy lies yang di mana menunjukkan beruang perang itu bersama beruang yang lagi satu adalah pasangan suami isteri yang menaiki kapal terbang untuk bertemu dengan anak nya.




8/8/18

Harini merupakan hari terakhir bagi UED 102 dan juga minggu terakhir bagi kami juga dalam sesi interim dan aktiviti pada
harini adalah cara mengambil nota dengan efektif

TAKING LECTURE NOTES(TOPIC 6)

Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran . Nota menjadi bahan rujukan , apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta
 Selain itu, mengapa kita perlu mengambil nota?


Seterusnya, kita harus bersedia untuk ke kelas dan mencatat segala ilmu yang dicurah
dengan segala kelengkapan alat tulis yang dibawa. Seterusnya, 'physical factor' atau bahasa mudahnya kedudukan yang betul dalam kelas memainkan peranan untuk mendapat maklumat sepenuhnya tentang apa yang telah dipelajari. Selain itu, nota itu haruslah mempunyai tajuk,subjek dan tarikh agar mudah dirujuk sebagai ulangkaji. Bukan sahaja itu, dalam mengambil nota juga anda digalakkan mengguna bahasa anda sendiri'write with your own style n creativity' agar mudah difahami dan dirujuki.

Seterusnya, terdapat beberapa cara yang efektif dan efisien dalam mengambil nota iaitu menggunakan teknik cornell, two column dan mind map.


Ini adalah contoh cornell method yang dilihat sangat efektif dalam mengambil nota. 




Seterusnya, ini merupakan two column method yang dilihat lebih ringkas untuk dibuat dan difahami. Selain itu, ianya lebih menjimatkan masa dan ruang dalam mencatat nota.




Bukan sahaja itu, terdapat juga cara yang lebih menarik untuk mencatat nota iaitu dengan melakukan 'mind map' ang banyak menggunakan kontra warna dan kreativiti.



ACADEMIC INTEGRITY AND PERFORMANCE

Integriti merupakan suatu aspek penting yang perlu ada dalam setiap mahasiswa.


 Apakah itu integriti?

Integriti merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya.

Seterusnya, adalah merupakan satu istilah yang sering berkait dengan mahasiswa iaitu plagiarisma.

Apakah itu plagiarisma?

Plagiarisma merupakan suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang bertentangan dengan undang-undang atau dalam erti konteks lainnya menciplak hasil kerja orang. Oleh itu, sebagai seorang mahasiswa tindakan seperti ini seharusnya dielakkan kerana kelak mungkin akan memakan diri suatu hari nanti.

Seterusnya, aktiviti yang dilakukan adalah citing.












Ini merupakan contoh reference yang dijalankan secara atas talian.


CALCULATING GRADE POINT AVERAGE

Apakah itu GPA?

Nilai purata yang diperoleh dalam satu semester iaitu Gred Purata Nilai.

Apakah itu CGPA?

Purata Nilai Gred Kumulatif yang bermaksud purata nilai yang diperoleh dari semua semester.

Seterusnya, aktiviti yang dilakukan ialah mengira GPA dan GCPA







Sebelum saya mengakhiri penulisan suka cita untuk maklumkan bahawa kami dari group ued 9 membuat video pengenalan tempat-tempat yang menarik di uitm. 
Tuan dan puan boleh melihat hasil karya kami di link yang disediakan😊

Sekian terima kasih.


https://youtu.be/yQ1xKdMpg40

https://youtu.be/h7aKellJYVI









   



   










Comments